these are pics of some recent orders i got. some are butter cakes, some are choc moist & one is carrot cake (the cupcake with the cherry on top).
thanks to all my "customers" - norasmunira, zubir, asnida & syera. hope to do business again with u in d future
recipes are as listed below (in no particular order & not translated....i'm lazy, in case you haven't already noticed that about me...

)
-----------------------
CARROTCAKE (AZIZAH ARIFFIN)
Bahan2 (kek) :-
200 g lobak merah, diparut & dikukus (kukus sekejap je. sekadar lembut sket oklah)
250 g tepung gandum
200 g gula perang (saya guna yg lembut/halus)
200 g minyak jagung
70 g badam, dicincang (saya guna serbuk badam je....nak mudah)
70 g kismis, dicincang
4 biji telur gred A
3 keping nanas dlm tin, dicincang (x dpt nenas slice, saya guna je nenas kiub. timbangan 150g...klu lebih dari 150g, kek terlebih moist/basah....x sedap & x cantik bila dipotong )
2 sudu teh baking powder (resipi asal suh guna 2 sudu makan. pernah try, kek jadi x sedap)
1 sudu teh soda bikarbonat (resipi asal suh guna 1 sudu makan. pernah try gak, kek jadi rasa bersabun)
secubit serbuk kulit kayu manis
Cara2 (kek) :-
campur & gaulkan semua bahan kering (tepung, baking powder, soda bikarbonat & serbuk kulit kayu manis). ketepikan.
menggunakan mixer (whisk attachment), pukul telur & gula hingga kembang.
masukkan minyak jagung & pukul lagi hingga sebati.
perlahankan putaran & masukkan bahan kering tadi.
kaup masuk lobak merah, nenas, badam & kismis.
bakar dlm loyang ukuran 9 inci pada suhu 170c selama 50 minit atau hingga masak (resipi asal suh bahagi dua adunan & bakar pada 170c selama 30 - 35 minit)
sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa.
Bahan2 (topping) :-
500 g keju krim
125 g mentega
150 g gula aising (nak lebih cantik, ayak dulu gulanya)
Cara2 (topping) :-
pukul keju krim hingga lembut & kembang sedikit.
masukkan mentega & gula aising. pukul lagi hingga sebati
---------------------------------------------------------
Buttercream dengan Liquid Glucose
Bahan:
v 400 gm krimwell
v 100 gm shortening
v 2 sudu besar liquid glucose
v Gula icing – byk mana ikut suka kita, nk manis, lebihkan; prefer kurang manis, x yah letak byk sgt (saya letak 200 g je)
Cara Menyediakannya:
1. Pukul krimwell dan shortening hingga kembang.
2. Masukkan liquid glucose, pukul hingga sebati.
3. Masukkan gula aising secukup rasa. Pukul hingga sebati.
---------------------------------------------------
PLAIN BUTTER CAKE
(A)
250 GM BUTTER
200 GM GULA
210 GM TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER
(B)
5 BIJI TELOR
1 TSP ESSENCE/EMULC0
TUANG KESEMUA BAHAN A KEDALAM MIXER DAN ADUN SEBATI. SELEPAS TU MASUKKAN BAHAN B PERLAHAN-LAHAN. PUTAR LAGI SELAM 4 - 5 MINIT. PUTAR SEHINGGA ADUNAN LEMBUT DAN TIDAK BERBINTIL2. TUANG ADUNAN KEDLM ACUAN 9", BAKAR 160 C SELAMA 50 -60 MINIT ATAU UJI DGN LIDI DENGAN CUCUK DIBHG TENGAH KEK.
-------------------------------------------------
KEK COKLAT KUKUS ROHA (Roha)
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula - gula pasir dikisar halus
1 cawan serbuk koko - boleh kurangkan kalau tak suka pahit
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 tin kecil susu pekat / kalau krimer pakai setengah tin saja
1 cawan air mendidih
5 biji telur
1 cawan minyak masak
Panaskan kukusan, ayak tepung, baking powder, soda dan serbuk koko.
Campurkan dengan gula, minyak, susu pekat, air panas dan telur, kacau dengan
senduk saja hingga semua sebati, tuang dalam loyang yang dialas dan
dilengser dengan butter, kukus selama 1-1 1/2 jam atau bila bilah penguji
kek keluar bersih. Semasa mengukus pastikan air kukusan ditambah dng air
panas.
---------------------------------------
GANACHE
1 liter non-dairy whipping cream
1.2 kg cooking choc (potong kecik2)
panaskan whipping cream atas api kecil smpi timbul buih2 kecil. masukkan cooking choc & kacau smpi choc larut. alihkan dari api & biarkan semalaman utk mengental.